Wednesday, December 13, 2006

Puding Peach Chocolate


Bahan untuk cake cokelat :
Bahan A :
3/4 cawan serbuk koko (coklat powder)
1 1/3 cawan air suam. (air mateng)
gaul kedua bahan sehingga sebati ,jangan sampai berketul ketul, ketepikan
(aduk sampai rata semua bahan,sisihkan)

Bahan B :
1 3/4 cawan tepung kek (tepung terigu atau self raising flour)
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
gaul semua bahan B sehingga rata.

Bahan C.
3/4 cawan marjerin ( guna Butter lagi bagus)
1 1/3 cawan gula
3 butir telur gred B
Cara membuat kek : -
pukul butter dan gula sehingga gebu. - masukan telur satu persatu, -
setelah kembang masukan bahan A diselang seling dengan bahan B. dimulai dengan bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering juga. -
tuang di atas loyang yang sebelumnya telah disapu dengan marjerin. -
bakar atau kukus dengan suhu 180C selama 30 menit.
Bahan untuk puding : 1 tin besar buah peach
10gm agar2 serbuk
3 cawan air
cara : susun buah peach di atas loyang. masak 3 cawan air dan sisa air buah peach yg ada didalam tin.masukan serbuk agar2 dan kacau sehingga masak, ambil 1 cawan agar2 dan tuang diatas buah peach yg sudah disusun rapi tadi. masukan peti ais dan bekukan sekejap. sisa agar2 dan kek cokelat tadi di mixer sehingga halus dan tuang diatas agar2 yg sudah beku tadi. masukan dalam peti ais selama 30 minit dan siap di hidang.

1 comment:

Loveliana said...
This comment has been removed by the author.